CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 8, 2009

bermotivasi dengan memberi motivasi

Bagi Anda yang dah selalu memberi semangat pada sesiapa saja ketika emosi mereka merundum, syabas diucapkan. Itu maknanya Anda ada sesuatu yang menjadi pendorong untuk Anda minat membantu menceriakan hidup orang lain dengan kata-kata Anda.
Persoalannya adalah, sesetengah orang memang minat nak bagi nasihat atau motivasi untuk orang yang pada pandangan mereka amat memerlukan. Tapi, mereka tak tahu caranya. Kekadang keliru nak gunakan cara apa. Nak selalu bagi nasihat, tapi yang nak dibagi nasihat ni orangnya lebih tua. Cemana ya.
Untuk jadi bermotivasi, berilah motivasi. Katakanlah apa saja, janji yang baik-baik supaya dia rasa ada orang ambil berat pada dirinya. Kemudian, buat supaya dia nampak jalan untuk dia bangkit semula, keluar dari masalah atau simply untuk jadi bertenaga semula. Motivasi membuat kita bergerak, ibarat minyak petrol menggerakkan sebuah kereta.
Bila Anda dah mendesak diri sendiri untuk memberi motivasi pada sesiapa saja hatta orang yang lebih tua daripada Anda, kesannya Anda akan bermotivasi sama, bahkan makin bermotivasi lagi untuk minit-minit seterusnya.
Jika Anda memberi nasihat untuk membantu meringankan beban emosi seseorang itu adalah satu bentuk motivasi. Anda membantu merubah moodnya, jadi bermakna Anda memberi motivasi pada dirinya walaupun dia orang lebih tua daripada Anda. Jika Anda muda, tak bermakna umur jadi penghalang untuk Anda memberi motivasi sebagai peransang semangat kepada orang yang lebih tua daripada Anda.
Kita memerlukan antara satu sama lain. Setiap seorang daripada Kita berbeza dari segi pandangan, pengetahuan, ilmu, pengalaman dan pembelajaran tentang hidup. Mereka memerlukan kita, satu hari nanti kita pula akan perlukan mereka juga.
Memberi nasihat motivasi atau dorongan kata-kata semangat amat menyeronokkan terutama bila nasihat Anda itu menampakkan hasil! Jika dia rasa seronok merasai perubahan itu lalu mengucapkan terima kasih, Anda teringin nak buat lebih lagi.

motivasi

“A person who has a dream knows what he is willing to give up in order to go up”. Maksudnya, seseorang impikan kejayaan akan sanggup mengorbankan sesuatu, untuk mendapatkan sesuatu. Dia akan sanggup mengorbankan perkara-perkara yang pada fikirannya tak penting lalu menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting.
Mungkin, Anda nak jadi pelajar cemerlang, pekerja cemerlang dan berjaya atau usahawan cemerlang. Bukan sekadar usahawan cemerlang yang biasa, tapi mungkin yang paling cemerlang di kalangan usahawan-usahawan cemerlang. Walau apapun impian Anda, bersedialah mengorbankan satu perkara untuk memberi laluan kepada perkara yang lain.
Kejayaan yang membuat kita berasa benar-benar puas adalah kejayaan yang dicapai hasil titik peluh sendiri juga hasil pengorbanan-pengorbanan kita. Seorang usahawan berjaya terpaksa mengorbankan masa untuk menguruskan perniagaan, menjalankan aktiviti pemasaran dan memenuhi kehendak pelanggan. Kekadang, dia kekurangan masa untuk bersama keluarga.
Kesibukan sebegitu membuat dia terpaksa melupakan perkara menyeronokkan misalnya bersuka ria di tepi pantai atau bersantai-santai menonton DVD di ruang tamu rumah setiap kali selepas makan tengahari. Dia terpaksa lupakan tu semua buat sementara waktu, selagi dia masih belum jadi usahawan berjaya.
Seorang ibu yang mahu melihat anak-anaknya berjaya sudah tentu sanggup berkorban bangun awal pagi setiap hari, menyiapkan sarapan dan ada sesetengah ibu tunggal, keluar mencari rezeki demi sesuap nasi. Impian si ibu nak melihat anak-anaknya berjaya mendorong dia bersemangat kuat mengharungi kepayahan hidup. Itulah hebatnya sebuah impian.
Tanpa impian, kita tak akan tahu ke mana nak dituju dan arah mana untuk kita berjalan. Anda mesti set impian Anda, kerana selain kejayaan, penghormatan dan sanjungan menanti Anda di hujung sana. Biar kita susah sedikit sekarang ini, supaya kita senang banyak di masa akan datang.
Moga Anda beroleh kejayaan dalam apa jua yang Anda usahakan sama ada dalam kerjaya, pelajaran, perniagaan, kekeluargaan dan kewangan Anda. Masa untuk bersantai-santai dah tamat. Sibukkan diri memburu impian!

2 jenis respon kejayaan

Bila melihat seseorang berjaya mencapai satu kejayaan, apa jenis respon Anda? Adakah Anda turut hepi sama atau dengki meluat-luat? Respon pada kejayaan ada berbagai-bagai, tapi yang paling utama, ia jatuh pada 2 kategori. Ketegori respon yang pertama adalah respon positif, yang kedua adalah respon negatif.
Respon positif adalah emosi gembira tatkala Anda melihat kejayaan orang lain atau merasa terharu bila menyaksikan mereka meraikan kejayaan di depan mata Anda. Mereka yang mencapai kejayaan itu orang dekat dengan Anda, kawan Anda, orang kampung Anda atau idola kesukaan Anda. Siapa yang tak bangga tengok diorang berjaya, ye dak?
Respon negatif ni adalah emosi kecewa atau perasaan tak gembira tatkala melihat kejayaan orang lain. Mereka yang berjaya tu merupakan orang-orang yang berkrisis dengan Anda, berselisih faham, bergaduh, berperang dingin atau pernah bertikam lidah dengan Anda. Respon Anda lebih kepada yang negatif. Anda akan sakit hati nengok kejayaan diorang.
Namun, respon negatif pada kejayaan ada jugak baiknya. Ia mendorong Anda untuk berusaha dengan lebih rajin lagi, supaya lebih berjaya dari mereka. Persaingan dalam diam membuat hati kita panas, lantas menjadikan usaha kita pantas supaya kita lebih cepat berjaya.
Namun, cara itu kurang memberi kesan sebab Anda menjadikan perasaan sakit hati sebagai booster motivasi. Tak patut tu. Sila-silap nanti usaha Anda kurang berhasil. Makin sakit hati jadinya.
Cara yang patut, jadikan emosi gembira sebagai booster motivasi Anda. Itu yang ngam, memberi impak maksima.Performance Anda akan memecut laju macam mat rempit yang tengah merempit!
Yalah, tiap kali teringat kejayaan dia, mesti kita nak kejayaan yang sama jadi pada kita juga. Tak gitu?
Lama-kelamaan bila asyik teringat kejayaan, memikirkan kejayaan, mengimajinasikan kejayaan, maka akhirnyakejayaan akan jadi milik kita juga

Friday, March 6, 2009

mohd DANISH HAIKAL..lelaki la..aku p pakaikan tdg...hehe
ni lak mix cina..huhu mesti org hairan tgk dia..cam bdk cina




ini anak sedaraku hasil campuran melayu n jepun..inilah hasilnya..hehe