p/s kalau nak nyanyi guna muzik season in the sun....
ingat sokmo hok mok pesan..
Nak-nak kali ambo nok turun jale
Jange lupo ko TuheKito oghe Islam,
tokleh tinggasemaye
Ingak sokmo hok mok pese
Walau jauh duduk tempak oghe
Jange lupo kapong laman
Woghih waghoh di Klate
Tokleh sombong nge oghe
Pesan ibubapa, sikit ambok tok lupa
Pesan ibubapa, ingat pah bila-bila
Pesan turun pulak, royat wi kor anok ambo
Kita harta tak dok,
pesanan jadi pusaka
Ingat sokmo hok mak pesan
Kita susah jangan tumpang orang
Tok soh bimbang berhutang
Kalau dan banyak hutang
Hidup payah nok senang
Hok mok pesan hari-hari
Pandai-pandai jaga diri sendiri
Baloh kekoh jangan duk cari
Tempat susah jangan duk gi
Orang khianat kena lari
Masa kita kaya, ramai la saing sahabat
Dan sesak sor karo, kucing pun tok dudukdekat
Masa senang lega, ramai la kaum kerabat
Dan tak de gapo sekara, lalat pun toksir hinggap
Ingat lagi hok mak kata
Berhati-hati dalam buat kira cara
Lidah kena jagaTok baik ngumpat maruah kita
Hati orang ngat
Wednesday, February 18, 2009
ingat sokmo hok mok pesan..
Posted by mustiqasufi at 6:19 PM 0 comments
TIPS UTK HILANGKAN STRESS
TIPS UTK HILANGKAN STRESS
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkantekanan hidup. Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduksebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang danmudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakandiri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibacaakan mudah diingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membacaAl-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membacaAl-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain sepertiketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagaiteman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amalibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solatsunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagaisolat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malamdan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dankekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Inibererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukansecara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azandan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yangbenar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezekitidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoahanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapandengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yangBerkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nyajika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawatentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otakyang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kitamelakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badanseperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kitameluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan jugaakan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakansalah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untukmengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkanpenyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencingmanis.
6) Menangis dengan sepuas
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapatdiredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasanhati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebutdalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" adasesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, merekaseolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yangMaha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kitamempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untukmelakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dantiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mestimenghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri
Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kitaperlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Dirikita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perludipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakankehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagaikesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untukdiatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalanpenyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapatdiselesaikan dengan jayanya
Posted by mustiqasufi at 6:02 PM 0 comments
Tips agar tetap awet muda - Khusus Muslimah
Agar wajah selalu segar, berseri-seri, dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari yaitu dengan air wudhu. Jangan dikeringka, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berzikir, berdoa. Untuk menghilangkan stress, salah satu penyebab kerut di wajah, perbanyaklah 'olah raga'. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, sport-gym, dll, cukup dengan memperbanyak solat. Dengan solat bererti kita menggerakkan seluruh tubuh. .Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyum. Tidak hanya di bibir tapi di hati juga. Katakan pada diri sendiri anda adalah cantik dan tidak memerlukan segala plastic surgery. Tidak lupa membisikan 'kata kunci' "Allahuma kamma hassanta khalgii fahassin khulqii" "Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaq ku" (HR Ahmad). Untuk mendapatkan bibir cantik, bisikan kalimah-kalimah Allah, tidak berkata bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak sombong dan takabur. Agar tubuh langsing dan mulus, lakukan diet yang teratur yaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, isnin dan Kamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, air putih. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Posted by mustiqasufi at 5:48 PM 0 comments
Wanita Solehah
wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini, keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikkan wajahnya, kemanisan wanita solehah, tidak terletak kepada kemanjaannya, daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimim, dan bukan pula terletak pada kebijaksanaan nya bermain lidah,memujuk rayu, bukan dan tidak sama sekali, kepetahan wanita solehah, bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama, nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan, kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek, hati menyatakan kecantikkan wanita hanya pada akhkaknya, itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai, wahai wanita,jangan dibangga dengan kecantikkan luaran, kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman, tetapi jaga dan peliharalah kecantikkan dalaman, agar diri bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi, wahai wanita,jangan berbangga dengan duniawi yang kau kuasai, kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu, wahai wanita,jangan pula berduka cita atas kekurangan dirimu, kerana ada insan lain yang lebih malang darimu, wahai wanita solehah, jangan dirisau akan jodohmu, kerana ada muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya kecantikkan, bersyukurlah diatas apa yang ada, serta berusahalah demi keluarga,bansa dan agama salam perjuangan untuk sohabiahku.. wanita solehah, "wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah"
Posted by mustiqasufi at 5:42 PM 0 comments
Lembaran Hidup Wanita Solehah
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah....
Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar....
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah....
Posted by mustiqasufi at 5:37 PM 0 comments
Seindah Hiasan Adalah Wanita yang solehah
Posted by mustiqasufi at 5:33 PM 0 comments
WANITA
menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud.... "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cubauntuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamumembiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadapkaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim Terdapat perbezaan di antara pembawaan lelaki dan wanita yang tidakboleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itumereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan kekuatan mereka sendiri.Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memeliharadiri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apayang diperjuangkan oleh wanita Barat.Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan,rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Posted by mustiqasufi at 5:24 PM 0 comments




