CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 18, 2009

WANITA


Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yangsolehah."HR MuslimWanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaanmanusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yangcantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan matahati, ternyata amat tinggi nilainya.... Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupunberat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadianak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yangberhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasihsayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yangtunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya... Firman ALlah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud..."Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupunwanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalamsyurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." Wanita Menurut Perspektif Islam Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya.Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malamyang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun,matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencariredha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupunwanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalamsyurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." An-Nisaa : 124 Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanitasebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : "Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadapisterinya." HR At-Tirmidzi Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan
menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud.... "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cubauntuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamumembiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadapkaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim Terdapat perbezaan di antara pembawaan lelaki dan wanita yang tidakboleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itumereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan kekuatan mereka sendiri.Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memeliharadiri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apayang diperjuangkan oleh wanita Barat.Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan,rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

0 comments: