CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 18, 2009

L.O.V.E


Assalamualaikum.............CINTA yang tidak pernah berubah hingga ke akhir hayat adalah cita-cita setiap pasangan yang berkasih. Setiap ujian mampu diharungi dengan sabar. Begitu juga pembuktian cinta kepada Allah yang menagih pengorbanan hamba-Nya. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Penguasa alam semesta.Janji ini menjadi penawar di hati seorang hamba, reda meredah setiap ujian kehidupan atas nama qada dan qadar-Nya.Firman Allah: Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.(Surah al-Baqarah, ayat216)Cinta kepada-Nya tidak pernah luntur dalam setiap keadaan, susah atau senang sentiasa setia dengan janji yang diikrarkan hingga kembali kepada-Nya.Maka marilah kita hayatilah doa di bawah ini, semoga kita semua dikurniakan cinta yang sejati di dunia dan akhirat.Ya Allah, sesungguhnya saya memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan saya kepada cinta-Mu.Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai maka jadikanlah ia kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.Ya Allah jadikan saya mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang salih. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah saya bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai.Ya Allah jadikanlah saya mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu(Hadis at-Tirmizi dalam Jami' al-Sahih, Rasulullah bersabda: Inilah antara doa yang biasa dipanjatkan oleh NabiDaud).Sahabat sekalian ini dipetik dari keratan akhbar untuk tatapan bersama. Insya-allah..moga kita peroleh cinta sejati dunia & akhirat (",)Wassalam.


Zahirnya kau tampak lemah..kudratmu tak seberapa..gerakmu lembut tak sepantas..suaramu halus xleh menggertak..namun kau punya kau punya kelebihan sendiri..kuatmu dalam lemah

Wednesday, February 4, 2009

kisah aku motor dan kereta!!

haiii3!!!...jumpa lagi kita..ari ni aku nak citer kisah lucu aku berkenaan ngan memula aku belajar naik motor n kereta...first sekali aku belaja naik motor..masa tu terrorr la aku naik motor..yang part belaja tu mmg la lulus, yg lucu masa aku naik motor ngan aku akak aku..xtau la camner, akak aku bawa motor punya lah laju..tiba kat selekoh, dia xleh nk kawal motor...aku aper lagi menjerit la..itu jer yang mampu aku buat haha!!..lepas menjerit sambil tutup mata..sedar2 aku dah dudk dalam parit..hehe..aku ngan kakak aku buat slumber badak jer bangun ...mujur tak ramai orang masa tu..aku xder luka ape2..cuma akak aku la luka kat siku..motor kami tercabut kat bahagian depan..sekali ngan nombor2 patah...terpaksa la kami bawa motor mcm dogol jer..haha!! 1 lagi yang aku xleh trima ada la makcik sorang ni masa aku jatuh betul2 kat belakang dia..aku punyalah menjert sakit anak tekak aku...dia boleh xberpaling..sampai kami angkat motor nak balik pn dia duk jemur kain gak..tang tu aku xpahm tul..makcik tu xdgr ke ape aku pun tak tahu..pastu fobia gak la aku naik motor pastu..kalau naik motor ngan adik aku msti kena marah sebab aku pegang dia kut..2 sebab aku takut..hehe

yang part keta pulak satu hal..ni masa aku amik lesen..aku xleh trima..betl2 memalukan..aku first sekali org yang jpj uji kat jalanraya...ms kat jalanrya tu everything under control la..boleh dikatakan mantap la sekali jer terus lulus..pastu yg part satu lagi kat bukit, parking..
masa aku nk test tu takut jgk sebb aku tgk makcik sebelum aku tu g rempuh penghadang jalan..habis rosak keta..pastu giliran aku..dag..dig..dug jantungku berbunyi..aku dengan confidentnya bawak la keta..kat bukit aku lepas sejali jer..yang satu ni la takkan aku lupa..masa kat parking..aku rasa dah buat elok...slow2 aku parking..tetiba..PANG!!!!!!!! bunyi keta berlanggar dengan tiang..kecut perut aku...yang aku tak leh lupa boleh ker lutut aku ni terketar2 smpai berbunyi berlanggar antara satu sama lain..aku cuba adjust kedudkan keta..lama gak la aku kat c2..tetiba jer ada sorang mamat ni datang kat aku..dik, leh kuar la dah habis masa!!! hah? hbs masa..apesal lak..aku xigt parking tu 3 minit jer masa diperuntukkan..korang tau tak kisah sebenarnya..rupa2nya bukan keta aku la yg lnggar tiang tu..keta orang kat belakang aku..aku pulak yg terlebih menggelabah..tak patut betul kan..???..yg malu nak kuar keta masa kat parking, semua org tgk aku..yang aku tak tahan ni..ader gak sorang mamat yang xempati ngan aku..boleh tanya...nape dik, xlulus ker? memang nk makan penampar kapit rasanya mamat tu..ckgu aku boleh plk gelak kat aku kata mana ada orang pernah terlebih masa kat parking, yg biasa xlulus sebab langgar tiang..aku plk lain halnya...hehe!

Monday, February 2, 2009

emm...ini start kisahku...

aku ni jenis yang biasa2 ajer...ntah ler..kadang2 sukar diramal gak perangai aku ni..

aku suka sangat makan 'lawa' ...korang tau tak lawa tu aper? bukannya maksud cantik pun..hehe

jangan salah sangka lak.. lawa tu sejenis makanan kat kelantan..sedap tau tak..

ni resepinya..hehe..ikan mentah yang dicampur dengan ulam-ulaman..pas2 perah asam limau...

wat meleleh..kalau bulan puasa umi aku selalu buat, tak sah kalau xde lawa..tu la pembuka selera aku..cuti ari tu tak sempat nak makan..ntahle..aku pn bknnya lekat kat rumah..ader jer program aku nk g mana2...eh..nk tls panjang sebenarnya ni, tp bebdk rmh pggl lak..cau dulu k...nnti aku sambung balik..bye2!!

Paku di Dinding Hatimu

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.”

Cincin


Sekarang ni ramai yang pakai cincin…tapi ikut suka dia je.. sunnah nabi jarang nak ikut .. Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti khinzir, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua khinzir2 tersebut…. potonglah kuku anda.

The Truth Jangan ada niat simpan kuku panjang,walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yangberada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahuanak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Additional info Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najismanusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita
mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untukkesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan,Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Luta.s. Perhatian Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias
di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw.memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kitadapat kita pahala.

Sunday, February 1, 2009

wedding of da year


tanggal 27 Disember merupakan tanggal bersejarah dalam keluargaku..

hal ini kerana pada tarikh tersebut kedua-dua insan yang paling aku sayangi telah mendirikan rumah tangga.. memang penat pada tarikh tersebut hanya tuhan yang tahu.. berjuta terima kasih aku ucapkan kepada kedua-dua sahabat baikku aida dan yati kerana membantuku menyiapkan persiapan untuk tarikh tersebut.. tanpa bantuan mereka entahlah majlis tu jadi camner..kelam kabut la alamatnya...memang seronok... seluruh keluarga dari kelantan datang ke pahang untuk meraikan bersama-ama majlis persandingan tersebut.. aku sangat gembira melihat majlis tersebut berjalan dengan lancar. perkara yang lucunya ader ke patut bunga telur yang berwarna biru untuk hantaran adikku hilang.. puasla kami cari xjumpa2...

aku dah menggelabah takut dimarahi adikku.. last2 aku buat tak tau dan aku gantikan bunga telur itu dengan warna purple... mujur adikku tak perasan.. nak tau tak jumpa kat mana bunga telur tu...entah la tersepit kat dalam bakul... hehe.. tu pun lepas seminggu baru jumpa... ni gambar masa majlis persandingan tu...

balik kampung


huhu..beshnya balik kg..

aku bw blk buku punya lah berat..

last2 aku pn xbc..usahkan baca jeling pn tidak..huhu

aper nak jdi la ni...

balik kampung sempena raya cina ni aku nekad beranikan diri bawa keta..

kalau tak..bila la aku nak dapatkan keberanian itu huhu..

pas2 leh jumpa ngan anak sedaraku yd debab..huhu

rinduunyer kat icha, danial, haikall...